Syed Saddiq Hentam Umno Diam di Parlimen, Sekali KP Umno Jawab Memang Padu

Seperti yang semua maklum setelah sekian lama Parlimen ditutup akibat Pandemik Covid-19 sejak dari awal tahun. Bermula semalam Parlimen akan dibuka selama 5 hari.

Persidangan Khas Parlimen itu membolehkan ahli ahli Parlimen berkumpul dalam satu dewan dengan peraturan SOP yang ketat. Ahli Parlimen dibenarkan untuk bertanyakan soalan, mendengar penerangan, serta berbahas mengenai langkah langkah kerajaan menangani Pandemik Covid-19 yang secara rasminya semalam melepasi angka 1 juta orang.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengambil peluang itu untuk menghentam kerajaan dengan beberapa isu yang dibangkitkan beliau. Namun yang mencuri perhatian apabila beliau juga membidas Umno yang menurut beliau hanya lantang di media sosial tetapi membisu bila di Parlimen.

Tidak cukup dengan itu Syed Saddiq juga memuat naik status di Facebooknya yang mengatakan Umno berpura pura menjadi pembangkang.

Dr. Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda Umno selepas itu dilihat memuat naik satu status di Facebook miliknya, ramai yang berpendapat mesej itu ditujukan kepada Ahli Parlimen Muar tersebut.

“Tunggu giliran DS Najib Razak berucap esok, sebagaimana DS Ahmad Maslan kelmarin, beri cadangan dan bawa #tuntutanrakyat secara tertib dan beradab, tanpa perlu menjerit-jerit macam Zoo tak berperaturan!” – Dr Asyraf

Bagi mereka yang menyaksikan mesyuarat Parlimen semalam pasti sudah mendengar Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan telah membacakan tuntutan Umno seperti yang diperjuangkan sebelum ini. Jadi untuk mengatakan Umno diam di Parlimen adalah tuduhan tidak berasas.

Walaupun Umno sebelum ini menerusi kenyataan Presiden mereka Datuk Seri Zahid Hamidi telah menarik sokongan kepada Perdana Menteri, namun masih ramai dari kalangan pemimpin Umno yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sekarang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook.

Leave a Reply

%d bloggers like this: