Covid-19, Ibu Sempat Nasihati Anak Supaya Tinggal di Rumah Anak Yatim Sebelum Meninggal

Pilu, itulah yang dapat digambarkan perasaan kanak kanak perempuan yang berusia 7 dan 9 tahun, apabila ibu mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir sempat berpesan supaya mereka ke rumah anak-anak yatim.

Wanita yang berusia 43 tahun, merupakan seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang urut itu dilaporkan positif COVID-19.

Media melaporkan, wanita tersebut mengalami gejala seperti batuk, sakit dada dan sukar bernafas selama 3 hari, dan selepas itu telah meninggal dunia.

Kejadian ini berlaku di Thailand, peningkatan kes yang mendadak disana menyebabkan hospital disana mengalami kesesakan yang teruk. Wanita tersebut juga dilaporkan telah cuba mendapatkan rawatan di hospital, dan telah diarah pulang pada hari yang sama berkemungkinan terlalu banyak kes Covid-19.

Rakaman video menunjukkan kedua dua kanak itu sayu menyaksikan Ibu mereka diusung di dalam tandu oleh petugas keselamatan daerah Bang Phli di Samut Prakan, video yang tular itu disaksikan lebih 800,000 orang.

Kedua dua beradik yang juga positif COVID-19 telah menerima rawatan di Hospital.

Thailand antara Negara yang terjejas dan mengalami peningkatan kes Covid-19 yang tinggi beberapa hari ini. Tular juga photo yang menunjukkan empat lelaki gelandangan yang mati di tepi jalan akibat Covid-19 di Bangkok minggu lepas.

Di Malaysia kes Covid-19 juga telah melebihi 1 juta orang, satu angka yang agak besar jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara yang jumlahnya sekitar 33 juta. Semoga pandemik ini cepat berakhir.

Kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: