Dua Beradik Terkesan, Lambakan Timun Batang Tidak Terjual Akibat PKP

Gara gara PKP ramai yang terkena tempiasnya, tidak kira dari pelbagai sektor ekonomi banyak yang terkesan. Penangan PKP kali ini nampaknya lebih dahsyat dari yang sebelumnya.

Tidak terkecuali pasangan adik beradik ini, yang merasa tekanan akibat hasil tanaman mereka tidak terjual akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan juha Pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Nik Azani Nik Yaakob, 46 tahun dan adiknya Nik Azrin Nik Yaakob, 29 tahun dari Pasir Mas Kelantan yang mengusahakan tanaman timun batang, berkata setiap sehari kira kira sebanyak 1.5 tan timun batang tak terjual.

Mereka berkata jumlah harga timun batang yang tidak terjual tersebut dianggarkan bernilai RM2,000. Ini semua disebabkan oleh keterbatasan pasaran semenjak dua minggu yang lalu.

Hasil tuaian biasanya dihantar ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pada setiap hari untuk dijual kepada pemborong, namun di RTC tersebut juga berlaku lambakan akibat kekurangan pembeli selain tidak dapat merentas negeri untuk memasarkan hasil tanaman.

Ini membuatkan harga timun batang jatuh mendadak dari RM 4 sekilogram menjadi RM1 hingga RM 0.50 sekilogram. Dengan kekurangan pendapatan secara mendadak, mereka berasa sangat terbeban kerana terpaksa menghabiskan sejumlah RM4,000 sebulan untuk kos baja dan racun.

Semoga ada pihak yang akan menghulurkan bantuan untuk adik beradik ini, diharapkan mereka terus berusaha dan tidak berputus asa.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: