Yusuf Azmi ‘Nasihatkan’ Beri Kata Dua Kepada Influencer yang Biadab dengan Warga Emas

Tular satu video yang menunjukkan seorang influencer yang berkelakuan biadap dengan seorang warga emas. Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat kritikan dari netizen.

Lelaki tersebut dikatakan turun ke tempat gelandangan di Pusat Transit Gelandangan di Kuala Lumpur untuk memberikan motivasi kepada lebih kurang 20 orang gelandangan dengan tajuk ‘Ubah Hidup’.

Yusuf Azmi. Menerusi laman facebooknya memberi kata dua kepada influencer tersebut “Di antara awak pergi mintak maaf dengan Pakcik tersebut atau saya akan bersemuka dengan AWAK!”

Yusuf Azmi jugak mempersoalkan siapa lelaki tersebut untuk mempersoalkan penyesalan hidup pakcik tersebut. Beliau jugak menasihatkan agar lelaki itu jangan bongkak.

“Selamba tinggi suara pada warga emas, konon nak bagi motivasi? Eh awak turun ke pusat gelandangan, kemudian nak perlekeh lekehkan mereka” kata beliau lagi.

Beliau juga berkata, ingat Allah boleh tarik rezeki yang diberikan bila bila lasa saja. Tempat tersebut beliau pernah turun sebelum ini untuk memberikan bantuan.

“Orang macam awak inilah yang menjatuhkan imej Islam! Sebelum nak bagi motivasi pergi baca buku adab” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak polis telah memanggil Influencer tersebut untuk mengambil keterangan berkenan insiden tersebut. Pihak polis juga telah mengeluarkan kompaun kerana lelaki itu tidak memakai pelitup muka ketika berada di khalayak ramai.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook Yusuf Azmi

Leave a Reply

%d bloggers like this: