Agung Menzahirkan Rasa Dukacita, Pembatalan Darurat Tanpa Memohon Perkenan Baginda

Hari ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin mengeluarkan satu kenyataan berhubung tindakan kerajaan PN mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen beberapa hari yang lepas.

Menerusi kenyataan tersebut KDYMM Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan kerana mengadakan sidang parlimen yang bermula isnin yang lalu.

Namun Baginda Sultan, menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26hb Julai yang lalu, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang dimashurkan oleh Baginda walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh Baginda Sultan.

Baginda Sultan juga berasa dukacita apabila cadangan Ordinan Darurat dibentangkan dan dibahas di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan. Walhal perkara itu telah diperkenan dan dipersetujui oleh Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara semasa majlis mengadap secara maya pada 24 Julai 2021.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan kenyataan yang dibuat oleh YB Takiyuddin Hassan pada persidangan Parlimen yang lalu adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli ahli dewan parlimen.

Sebagai Ketua Negara, Baginda berhak menasihati dan menegur sekiranya ada mana mana pihak yang melanggar peraturan perlembagaan. Baginda Sultan juga berpesan kepada ahli ahli Parlimen memberi keutamaan kepada menjaga kemaslahatan dan kebajikan rakyat dan negara pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Rasmi Istana Negara

Leave a Reply

%d bloggers like this: