Fara Fauzana Kembali Sertai Trio Pagi Hot FM Bersama AG dan Fad

“Welcome back FAFAU! Yayyy ini memang benar, memang confirm dan memang pasti!”

Begitulah status yang dimuat naik di halaman Facebook Hot FM sebentar tadi, sekaligus mengesahkan Fara Fauzana kembali menyertai Hot FM sebagai penyampai radio.

Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu di Malaysia. Ia dimiliki oleh Synchrosound Studio Sdn Bhd, subsidiari kepada Ripple Media Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Media Prima Berhad. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Berikutan rombakan besar besaran yang telah dilakukan oleh kumpulan Media Prima ramai penyampai radio dan pengacara television rangkaian berkenaan telah diganti.

Tidak terkecuali Hot Fm juga telah menggantikan kesemua trio penyampai radio segmen pagi dengan penyampai yang baru.

Penyampai sebelum ini terdiri daripada Fizie, Mark Adam dan Rieana Diana telah ditamatkan kontrak mereka. Manakala trio pagi yang baru selain Fara Fauzana turut di sertai ole Fad Bocey dan juga AG Azmeer.

Fara Fauzana dan AG adalah penyampai asal di segmen pagi Hot FM mereka bergandingan dengan Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI.

Kemunculan semula FAFAU dan AG ternyata mendapat sambutan yang sangat positif dari para pendengar saluran radio tersebut. Diharap gandingan ini mampu mengembalikan kegemilangan stesen radio Hot FM.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini, kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Halaman Facebook Hot FM

Leave a Reply

%d bloggers like this: