Im So So Sorry Malaysia – Ikhlas Dari Carl Samsudin

Influencer yang terlibat dengan isu yang heboh diperkatakan oleh warga netizen, iaitu Carl Samsudin tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berikutan tindakan beliau yang dianggap biadab terhadap seorang gelandangan warga emas.

Carl memuat naik permohonan maaf tersebut di halaman Facebook milik beliau semalam. Beliau berkata bukanlah niatnya hendak memarahi warga emas tersebut, ini disebabkan kerana beliau terlalu bersemangat semasa memberikan motivasi kepada para gelandangan di situ.

Sejujurnya sebelum program motivasi itu berjalan, beliau menyantuni semua penghuni di situ dengan baik. Kesemua mereka gembira pada hari tersebut, dan beliau tidak menyangka video pendek yang dimuat naik di sosial media itu akan menjadi tular.

Pada tarikh tersebut beliau telah dijemput oleh Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu para gelandangan disitu untuk manaik taraf hidup dengan berdikari dengan memulakan perniagaan sendiri.

Beliau berkata, akibat caranya yang bersemangat dengan menanyakan solalan kepada warga emas tersebut ramai yang salah faham yang menyangka beliau sedang memarahi warga emas itu.

Namun beliau sedar tidak seharusnya beliau bercakap begitu dengan seorang yang lebih berumur darinya, ini menjadi satu pengajaran buat beliau.

Carl juga memohon ampun kepada rakyat Malaysia kerana tidak memakai pelitup muka, dan beliau sudahpun mengaku salah dan telah dikompaun oleh Polis IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam masa yang terdekat akan berjumpa dengan warga emas tersebut bagi memohon maaf dan memperbetulkan kesilapannya.

Bukan sahaja netizen yang marah, selain itu beberapa selebriti tanah air dan juga beberapa NGO memuat naik status yang mengutuk perbuatan Carl Samsudin itu.

Ternyata Carl Samsudin mengotakan janji apabila beliau sudahpun berjumpa dengan warga emas tersebut, pertemuan itu turut dihadiri saudara Yusuf Azmi daripada Semboyan.

Semoga isu ini akan berakhir dengan baik. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini, kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Carl Samsudin

Leave a Reply

%d bloggers like this: