Tok Mat Bidas Tindakan Biadap Ahli Parlimen DAP Ketika PM Membaca Surah Al Fatihah

Semalam masuk hari kedua persidangan Parlimen Kembali dibuka yang dihadiri oeh kesemua Ahli Parlimen untuk mendengar, dan bertanyakan soalan berkenaan isu yang dibangkitkan oleh mesyuarat.

Namun kelakuan para ahli Parlimen di dewan masih lagi tidak berubah, terutamanya di pihak pembangkang yang selalu membuat bising dan menganggu persidangan.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Utama Mohammad Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat mengecam sikap biadap Ahli Parlimen DAP yang membuat bising ketika Perdana Menteri membacakan surah Al-Fatihah.

Ketika PM memulakan ucapan dan mengajak semua bertafakur serta membaca Al fatihah untuk semua mangsa Covid-19 pembangkang terutamanya DAP bangun menjerit terpekik pekik.

Menurut Tok Mat, umat Islam dan rakyat Malaysia tersinggung dengan sikap biadap segelintir ahli Parlimen DAP yang tidak menghormati saat bertafakur yang dianjurkan oleh Perdana Menteri semasa sidang parlimen tersebut.

“Ketika Perdana Menteri membaca surah Al fatihah dan menyatakan rasa dukanya terhadap banyak sekali kehilangan nyawa akibat Pandemik Covid-19, pemimpin DAP dan rakan rakanya terus berteriakan dan mengganggu Perdana Menteri”

“Tidak sedikit pun ada rasa hormat terhadap seruan bertafakur dan berdoa, apalagi terhadap seorang Perdana Menteri”

“Tindakan mereka sangat biadap, tercela dan jelik. Sikap mereka bercanggah dengan kita sebagai bangsa yang teguh dengan nilai dan moral” Datuk Seri Mohammad Hassan

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga mengesa agar ahli Parlimen DAP tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan Umat Islam serta juga kepada seluruh rakyat Malaysia diatas sikap kurang sopan tersebut.

Ini bukan kali pertama ahli politik DAP tidak menghormati sensitiviti umat islam di negara ini. Sepatutnya mereka bersikap dengan lebih matang dan peka terhadap isu yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sila share sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Datuk Seri Utama Haji Mohammad Hassan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: