Majlis Kenduri Kahwin Semasa PKP, Penganjur Dikompaun RM4,000

Dikala negara bergelut dengan Pandemik Covid-19, kes harian yang masih kekal tinggi namun masih ada pihak yang tidak sabar dan tidak mengendahkan arahan kerajaan dengan melakukan majlis terbuka.

Ini berlaku di Kampung Padang, Mukim Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, Alor Star, ada penduduk disini yang mengadakan majlis kenduri penikahan.

Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada orang ramai tentang majlis kenduri pernikahan tersebut. Pihak polis kemudian menghantar pasukan pemantau yang bergegas ke sana dan mendapati majlis tersebut sedang berlangsung.

Pihak polis mendapati majlis Kenduri pernikahan tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang penduduk kampung. Akhirnya penganjur majlis tersebut seorang lelaki berusia 58 tahun menerima padah apabila telah di kompaun sebanyak RM 4,000.

Kompaun dikeluarkan kerana kesalahan mengikut Peraturan 4 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1988.

Sebenarnya masih ada individu yang mengambil mudah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan menganggap Covid-19 ini sesuatu yang tidak serius. Walaupun setiap hari media media melaporkan jumlah kematian akibat wabak, dan jumlah jangkitan sudah melepasi angka 1 juta orang di Malaysia namun ini tidak memberikan apa apa kesan kepada mereka, ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Kosmo | Metro Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: