Mati Syahid di Sebabkan Covid-19 Tidak Perlu di Mandikan Jenazahnya? Dengar Jawapan Dari Mufti Perlis Ini

Seorang Penceramah Selebriti dalam satu perbualan dengan seorang selebriti terkenal lain telah memberitahu bahawa seseorang yang meninggal disebabkan Covid-19 adalah tergolong dalam kategori mereka yang mati Syahid, oleh itu jenazah mereka ini tidak perlu dimandikan.

Disebabkan perkara ini telah menjadi bualan dan perbincangan dikalangan masyarakat, Mufti Perlis atau lebih dikenali dengan gelaran Dr Maza telah tampil untuk memberi respond dan menjawab berkenaan isu ini.

Menurut Dr. Maza kenyataan berkenaan tidak perlu untuk mandikan serta dikafankn jenazah yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 kerana mereka telah syahid adalah tidak tepat.

Menurul Mufti Perlis itu, ada tiga kategori orang yang mati Syahid.

1. Syahid dunia dan akhirat, golongan ini adalah mereka yang mati di medan perang secara berhadapan dengan musuh, dan mereka tidak pula melarikan diri. Ayat Al-Quran berbunyi “Janganlah kamu sangka orang yang mati pada jalan Allah itu mati, sedangkan orang itu hidup kamu tidak mengetahui”

Bagi mereka yang meninggal dunia dalam kategori Syahid dunia dan akhirat ini, jenazah mereka tidak perlu dimandikan.

2. Syahid dunia, golongan ini adalah mereka yang mati kerana berperang di jalan Allah, namun niat dan tujuan mereka adalah kerana sesuatu yang lain bukan kerana Allah. Golongan ini akan mendapat syahid di dunia, namun mereka tidak akan mendapat pahala syahid disisi Allah, jenazah mereka juga tidak perlu dimandikan.

3. Syahid di Akhirat, golongan ini tergolong dalam orang yang meninggal dunia akibat penyakit yang Nabi Muhammad SAW sebut didalam hadis.

Nabi Muhammad SAW telah bertanya kepada sahabat, siapa yang engkau anggap sebagai syahid disisi kamu. Sahabat menjawab, siapa yang mati dijalan Allah adalah syahid. Nabi menjawab, kalau begitu Syuhada ummat ku sedikit sahaja. Nabi berkata, mati pada jalan Allah adalah syahid, siapa yang mati kerana taun (wabak) dia syahid, orang yang mati kerana sakit di dalam perut dia syahid, siapa yang mati tenggelam (lemas) dia syahid, orang yang jatuh dari tempat tinggi syahid, sehingga orang yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya adalah syahid.

Bagi golongan yang syahid kategori yang ketiga ini jenazahnya hendaklah dimandikan dan dikafankan seperti biasa. Namun mereka tetap mendapat pahala syahid disisi Allah sekiranya mereka redha.

Dr Maza memberitahu mungkin orang yang membaca hadis ini keliru dalam memahami maksud hadis tersebut, sehingga menganggap orang yang mati kerana Covid-19 jenazahnya tidak perlu dimandikan.

Dr. Maza juga menambah, sekarang ini ramai penceramah seolah olah seperti penglipur lara, suka bercerita kisah kisah yang pelik, dan membuat andaian sendiri, sehingga ramai di kalangan mereka sanggup menggunakan hadis palsu untuk menarik minat pendengar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini, kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Suara Sunnah

Leave a Reply

%d bloggers like this: