“Cheng Long Pastinya Akan Jadi Sekadar Lubuk untuk Lu” Kata Semangat dari LCW kepada Zii Jia

Cheng Long, Pemain badminton China dan juga Penyandang Juara Perseorangan Badminton Olimpik seolah olah memberikan harapan palsu kepada seluruh peminat sukan badminton di negara ini.

Ramai yang berasa gembira apabila Lee Zii Jia berjaya menewaskan juara bertahan itu pada set pertama dengan sangat mudah dengan kemenangan 21-8. Namun, perasaan berbunga itu mula sedikit pudar apabila Cheng Long bangkit dengan kemenangan 21-19 pada set kedua. Seterusnya harapan untuk melihat jaguh perseorangan negara itu bangkit pada set penentuan lebur, Cheng Long menunjukkan betapa pengalaman membezakan mereka apabila sangat mudah menewaskan Lee Zii Jia dengan 21-5.

Namun disebalik kekecewaan itu, lagenda Badminton Negara menitikkan kata kata semangat buat anak muda tersebut.

“Lee Zii Jia usah kecewa sangat, it was really good performance, satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya. Dibekalkan lebih pengalaman nanti Cheng Long pastinya sekadar lubuk untuk lu”

Datuk LCW juga berkata, dari segi kekuatan, kemahiran dan kelajuan ternyata Zee Jia mempunyai kelebihan berbanding Cheng Long, namun kekurangan pengalaman dan cemas pada saat akhir menjadi pemisah antara mereka.

Sementara itu Lee Zii Jia juga meluahkan kekecewaannya serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan beliau di temasya Sukan Olimpik yang pertama baginya.

“Wahai Olimpik yang pertama saya Hang Lee Zii Jia terpaksa akur setakat ini sahaja, sedih, kecewa, sayu, hampa… Seribu perasaan yang tidak terkata” Zii Jia

“kekalahan menunjukkan saya belum cukup kuat dan mantap lagi. Ayuh! Saya harus bangkit semula, tekal dan tabah berlatih untuk meneruskan perjuangan saya agar dapat membawa lagu Negaraku bergemar di Podium satu hari nanti” Luahan Lee Zii Jhia di halaman Facebook miliknya.

Sementara itu jaguh perseorangan China Cheng Long tetap memuji kehebatan yang dimiliki ole Zii Jia, beliau berpendapat Malaysia masih memiliki perseorangan lelaki yang baik. Beliau juga meluahkan perasaan teruja kerana dapat bertemu dengan Zii Jia di pentas Olimpik ini.

Rata rata rakyat Malaysia mengharapkan agar Lee Zii Jia akan kembali bangkit, perjalanan beliau dalam sukan badminton masih jauh. Semoga maju jaya buat Lee Zii Jia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Lee Zii Jia | Datuk Lee Chong Wei

Leave a Reply

%d bloggers like this: