Ebit Lew Buka Rumah Kasih Umat, Rumah Transit Anak Kanser

Setelah lama mendiamkan diri, ramai yang rindukan status terkini daripada UEL. Selalunya di Facebook beliau selalu memuat naik kerja kerja membantu orang ramai yang dilakukan oleh beliau.

Hari ini, dalam status terbaru di Facebook miliknya beliau memuatkan cerita berkenaan Rumah Kasih Umat di Titiwangsa yang baru dibuka oleh beliau.

Rumah ini di sediakan untuk anak anak pesakit kanser, yang berulang alik untuk mendapatkan rawatan di Hospita Kuala Lumpur HKL. Rumah ini boleh diduki secara percuma dalam tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan.

“Doakan ye, Syukur kepada Allah yang maha berkuasa dengan izinNya Rumah Kasih Umat dibuka” Ebit Lew

Beliau terkesan ketika ayahnya dirawat akibat kanser, ayah beliau menjerit sakit, kerana kadang kadang ubat dan morphin tidak boleh hilangkan kesakitan. Semasa di sana beliau juga sedih melihat anak anak kecil berlari ke sana sini, ramai yang terpaksa tidur dalam kereta semasa tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Beliau juga berkata walaupun ada pihak lain seperti persendirian dan kerajaan telah memulakan, tetapi usaha kecil dari beliau ini diharap dapat juga turut membantu orang ramai.

“Terima kasih kepada semua yang selama ini berusaha, Allah maha penyayang, semoga setiap anak kanser yang tidak berdosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita” Ebit Lew

Beliau juga menghadiahkan setiap pahala dariapada bantuan ini kepada mak dan ayah beliau yang telah meninggal dunia.

“Ya Allah jika ada pahala untuk semua ini saya hadiahkan kepada mak dan ayah, semoga Allah letakkan mak dan ayah kita kedalam Syurga Firdaus” Ebit Lew.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: