Ebit Lew Teruskan Kerja Amal, Hadiahkan Bas untuk Hospital Klang

Jalan terus, itulah yang dapat disimpulkan oleh Pendakwah terkenal tanah air ini. Walaupun terpalit kontroversi Ebit Lew tetap meneruskan kerja kerja membantu orang ramai.

Kali ini beliau menghadiahkan sebuah bas untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang Selangor. Bas ini untuk kegunaan pihak hospital membawa pesakit atau untuk memindahkan pesakit Covid-19 ke mana mana tempat kuarantin.

“Terima kasih Allah, terima kasih semua saudaraku tanpa mengira kaum dan agama, dengan rasa rendah diri dan syukur dapat kami hadiahkan sebuah bas untuk Hospital Klang” Ebit Lew

Bas diserahkan kepada hospital beserta dengan gran sekali, beliau berkata ini adalah usaha kecil dari mereka berbanding individu dan NGO lain yang jauh kehadapan dalam membantu.

“Semoga ini menjadi asbab kepada kebaikan” tambah beliau lagi.

Beliau berkata para Doktor dan Timbalan Pengarah Hospital sangat berterima kasih dengan hadiah tersebut, namun sebaliknya kami yang patut berterima kasih kepada mereka semua para frontliner yang banyak berkorban dan menyumbang tenaga bagi merawat para pesakit.

Ebit Lew juga berharap agar pemberianya itu dapat meringankan sedikit beban hospital “Mudah mudahan pemberian bas ini dapat meringankan beban hospital klang ini, terima kasih sahabat semua” Ebit Lew.

Pada sebelah pagi beliau baru sahaja memuat naik mengenai Rumah Kasih Umat yang baru siap dibina untuk kemudahan transit bagi pesakit kanser kanak kanak yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Rumah tersebut boleh diduduki secara percuma oleh pesakit semasa menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Terima kasih Ebit Lew kerana terus bekerja untuk membantu masyarakat dan orang ramai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: