PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Peserta Demonstrasi Keluar dan #Lawan

Seperti yang semua maklum hari ini telah berlangsung perhimpunan yang disertai 400 orang di sekitar Dataran Merdeka.

Perhimpunan yang diberi nama ‘Keluar dan #Lawan’ itu dipercayai bermula dari stesen LRT Masjid Jamek, mereka kemudiannya berarak sehingga ke Dataran Merdeka.

Peserta yang terdiri daripada golongan muda itu memakai pakaian bewarna hitam, selain membawa bendera hitam mereka juga dilihat membawa sepanduk serta replika jenazah yang dibungkus dengan kain kapan bewarna putih.

Walaubagaimanapun menurut Ketua Polis IPD Dang Wangi, Assistance Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, perhimpunan itu telah dipantau dan berjaya dikawal oleh pihak polis.

Mereka semua telah dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka, dan telah diarahkan untuk bersurau.

Menurut beliau, pihak polis akan mengambil tindakan susulan kepada semua peserta demonstrasi tersebut. Ini walaupun perhimpunan tersebut berjalan secara aman namun masih melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang menghalang sebarang perhimpunan diadakan.

Perhimpunan ini mendapat kritikan dari ramai netizen, ini berikutan bimbang akan tercetus satu lagi kluster baru bagi penyakit Covid-19. Mereka juga mengecam sikap penganjur yang tidak peka dengan keadaan Pandemik Covid-19 yang masih tinggi di negara ini namun masih lagi mengajak orang ramai untuk turun berhimpun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: