‘Seishin’ Lahir Dari Hati- Apak Harry Khalifah

Peminat muzik tanah air pastinya mengenali beliau, ataupun tentu pernah mendengar lagu lagu ciptaan beliau.

Harry Khalifah ataupun lebih dikenali dengan panggilan Apak, seorang Rockers, kelakar dan mungkin sedikit ‘jiwang’. Kebanyakan lagu lagu ciptaan beliau mesra pendengar, ‘catchy’ mudah melekat di telinga dan mengikut citarasa orang orang kita.

Antara karya beliau yang popular seperti lagu Hang Pi Mana, Kasihnya Laila, Cikgu Ayu, dan banyak lagi.

Terbaru Apak mengeluarkan video single tanpa suara hanyalah petikan gitar instrumental dari beliau sendiri. Video yang bertajuk Seishin itu ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat.

Walaupun baru dua minggu single tersebut dilancarkan ia sudah ditonton melebihi 200 ribu orang di saluran YouTube. Seishin yang diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud Semangat itu kini boleh ditonton di saluran YouTube Padu Record.

Single tersebut mengisahkan perjalanan Harry sepanjang bergelar sebagai artis. Bagaimana beliau bermula dari bawah dan menapak sehinga berada di tahap sekarang. Beliau boleh dikategorikan sebagai salah seorang penyanyi dan komposer yang berjaya yang ada dalam industri muzik tanah air.

Namun disebalik kejayaan ada juga segelintir orang yang melabelkan karya beliau sebagai karya kampung atau ‘leman’. Walaupun sedikit kecewa tapi ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bekarya, malah beliau berbangga kerana sememangnya beliau orang kampung.

Malah sesi duet battle lagu Seishin yang dianjurkan oleh Apak mendapat sambutan yang padu daripada pemain pemain gitar di Malaysia, termasuk battle duet dengan Ritz Metalasia.

Beliau yang masih tidak menyangka Seishin boleh sampai ke tahap ini, mendapat tempat di hati pendengar dan peminat tanah air.

Harry juga meluahkan rasa bersyukur kepada Allah dan juga berterima kasih kepada semua peminat dan rakan rakan artis yang menyokong beliau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber | Facebook Apak Harry Khalifah

Leave a Reply

%d bloggers like this: