Seram, Penampakan Kuntilanak Tunggu Di Depan Rumah

Negara seberang, Indonesia tidak pernah ketandusan dengan cerita cerita yang menyeramkan.

Menurut satu portal berita tempatan, penampakan satu entiti yang dikatakan sosok kuntilanak yang berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Kejadian yang dipercayai berlaku Sumatera Utara Indonesia itu mengemparkan penduduk di Desa Dahari Selebar, Kabupaten Batupara.

Menerusi rakaman CCTV itu menampakan sosok wanita berbaju putih di hadapan rumah seorang penduduk tempatan dalam keadaan sedang membongkok.

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Labuhan Ruku, Assisten Komisioner Jagani Sijabat mengesahkan menerima laporan berkenaan insiden tersebut. Beliau sudah mengarahkan siasatan dijalankan ke atas rakaman video yang kini tular itu.

“Anggota polis kita sudah diarahkan ke lokasi kejadian dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku namun tidak menemukan sebarang kuntilanak yang dikatakan” kata Jagani.

Beliau menasihati penduduk di situ agar kekal tenang serta perbanyakkan solat sunat agar terhindar dari sebarang malapetaka.

Imej dari Google

Namun salah seorang penduduk tempatan berkata sejak beberapa hari yang lepas beliau ada mendengar cerita rumah penduduk di situ diketuk oleh individu misteri.

“Apabila mala menjelang, pintu rumah penduduk akan diketuk oleh seseorang tetapi apabila diintai menerusi tingkap tiada orang” katanya.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini, kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber |Kosmo Online |Agensi

Leave a Reply

%d bloggers like this: