Tak Sangka Ini Rupanya yang TMJ Buat Pada Piya dan Hairuddin Omar – Pendedahan Dari HaiO

Semalam menerusi halaman Facebook Fan Page beliau, Hairuddin Omar atau lebih dikenali dengan gelaran HaiO meluahkan tentang sikap Tengku Mahkota Johor TMJ serta apa yang telah TMJ lakukan kepada dia dan bekas kapten bolasepak The Red warrior Badrul Radzi.

“Lama dah aku nak tulis pasal HRH Crown Prince of Johor Tengku Mahkota Johor ni, bukan sebab kerana TMJ ini anak raja, ni kot masa yang sesuai aku nak ceritakan pasal beliau secara peribadi di sisi yang aku pernah bekerjasama suatu masa dulu bersala PFA Malaysia” Hairuddin

Hairuddin berkata sebagai peminat bolasepak di Malaysia memang ada peminat yang tidak suka dan mengecam TMJ, ini disebabkan sikap baginda yang tegas, agresif, jujur dan lantang.

Namun menurut HaiO, sebenarnya amat banyak kebaikan dan jasa yang telah dilakukan oleh TMJ, khususnya kepada sukan bolasepak Malaysia.

Beliau meluahkan rasa kagum kepada TMJ yang fokus membangunkan bolasepak Johor, bagaimana TMJ menjadikan JDT di tahap seperti hari ini, satu percapaian yang hebat.

Antara perkara yang paling beliau sanjung mengena TMJ ialah sangat suka membantu orang yang susah. Beliau memberikan contoh ketika banjir besar melanda Kelantan, TMJ telah memberikan bantuan puluhan ribu ringgit kepada PFAM untuk melaksanakan misi bantuan di sana.

Lagi satu, TMJ begitu cepat membantu sekiranya ada pemain atau bekas pemain bolasepak yang mengalami kesusahan, TMJ pernah membantu menanggung kos pembedahan sehinga ratusan ribu ringgit. Sekiranya ada pemain yang mengalami masalah pembayaran gaji, uzur, masalah untuk meneruskan hidup bantuan dari TMJ akan cepat sampai.

Bukan sahaja pemain, malah kelab kelab bolasepak tempatan yang mengalami masalah kewangan juga banyak telah dibantu oleh TMJ. Baginda juga aktif menyalurkan bantuan ke Yayasan Yayasan, NGO, Madrasah cuma apa yang dilakukan oleh TMJ ini tidak dihebohkan.

Hairuddin Omar berkata beliau begitu teruja apabila TMJ menghubungi beliau bertanya khabar setelah sudah lama tidak berhubung, melalui perkongsian tersebut Hairuddin berkata TMJ telah memberikan bantuan kepada beliau dan bekas ketua pasukan bolasepak Kelantan iaitu Piya untuk mengembangkan lagi perniagaan ‘Sambal DuoBotak’ yang sedang diusahakan oleh mereka berdua.

Beliau mengakhiri status facebooknya dengan ucapan terima kasih diatas jasa baik TMJ terhadap beliau serta kepada perkembangan bolasepak negara.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber | Facebook Fan Page Hairuddin Omar

Leave a Reply

%d bloggers like this: