Ahli Parlimen Pembangkang Berarak Menuju Ke Parlimen

Media melaporkan ahli ahli Parlimen Pembangkang berarak beramai ramai menuju ke Parlimen pagi ini. Ini berikutan Parlimen telah ditutup selama dua minggu bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di kalangan ahli Parlimen.

Antara ahli Parlimen yang dilihat berada disitu termasuklah Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mohammad Sabu, Lim Guang Eng, Shafie Afdal dan beberapa orang lagi ahli parlimen pembangkang.

Terdahulu mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan kemudiannya berarak ke parlimen hari ini.

Ada di kalangan mereka yang membawa sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak.

Mereka yang cuba untuk masuk ke Parlimen tetapi telah dihalang oleh Polis dari unit FRU yang telah bersedia untuk menyekat kumpulan yang berarak dari memasuki kawasan Parlimen.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkankan agar Parlimen ditutup selama dua minggu, berikutan terdapat kemungkinan Virus Covid-19 Varian Delta yang sangat merbahaya telah di kesan.

Ini kerana ramai individu yang hadir ke Parlimen adalah dari golongan warga emas yang berisiko dijangkiti, lebih lebih lagi bukan semua individu telah mendapat perlindungan vaksinasi yang lengkap.

Penangguhan sementara itu turut meliputi pembentangan yang dirancang di Parlimen atau membabitkan individu yang berada di bangunan berkenaan pada 26 hingga 29 Julai lalu.

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: