Amy Search Kehilangan Ibu yang Telah Kembali Bertemu Penciptanya

“Doakan Ibu saya Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi” Amy Search

Suhaimi Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search memuat naik status di halaman Facebook miliknya, berkongsi berita sedih itu bersama para peminat.

Ibu kepada Amy Search yang juga nenek kepada pelakon terkenal tanah air Nabila Huda meninggal dunia di rumah anak saudara Amy di Sunway Rumba Hill Kota Damansara.

Kematian arwah telah disahkan oleh Penolong Kanan Hospital Sungai Buluh pada jam 10.45 malam tadi.

Jenazah ibu Amy akan dimandikan di Masjid Kuning Kota Damansara pada pukul 8 pagi ini dan seterusnya jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Doakan semoga arwah ibu kepada Amy ditempatkan bersama sama orang yang beriman, salam takziah dari kami kepada Amy serta keluarga.

Al-Fatihah….

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Amy Search

Leave a Reply

%d bloggers like this: