Parlimen Diserang Virus Covid-19 Varian Delta, Diarah Tutup Selama Dua Minggu

Sebanyak empat kes Covid-19 yang dilaporkan di Parlimen pada 29 Julai lalu disyaki akibat variant Delta atau Kappa.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkankan semua sessi mesyuarat Parlimen ditangguhkan sementara waktu selama dua minggu bermula 29 Julai.

Penangguhan sementara itu turut meliputi pembentangan yang dirancang di Parlimen atau membabitkan individu yang berada di bangunan berkenaan pada 26 hingga 29 Julai lalu.

Menurut Dr Noor Hisham, hasil penilaian yang dibuat mendapati sidang Parlimen adalah Perhimpunan yang berisiko tinggi untuk berlaku penularan wabak COVID-19.

Selain itu, beliau juga memberitahu ramai dikalangan yang hadir ke sidang Parlimen termasuk ahli ahli Parlimen terdiri daripada mereka yang berada dalam golongan warga emas.

Tambah beliau lagi, tidak semua individu yang hadir ke Parlimen telah mendapat perlindungan vaksinasi yang lengkap.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, penilaian risiko kejadian jangkitan COVID-19 di Parlimen akan dinilai semula dari masa ke semasa.

Ramai dari kalangan ahli Parlimen terutamanya dari pihak pembangkang tidak bersetuju dengan keputusan ini. Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib juga meluahkan kekecewaannya kerana tidak sempat untuk membacakan teks ucapannya di Parlimen.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber |Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: