Covid-19, Variant Delta Telah Merebak ke Beberapa Daerah di Kelantan

Apa yang ditakuti kini telah berlaku, Virus Covid-19 Varian Delta kini dilaporkan telah tersebar ke beberapa daerah di Kelantan.

Variant Delta yang pertama kali ditemui di negara India pada December 2020, ia adalah hasil daripada mutasi virus Covid-19. Varian ini sangat agresif dan mudah merebak.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan berkata virus Covid-19 Variant Delta ini pertama kali di kesan di Daerah Pasir Putih Kelantan, mereka percaya Varian ini telah merebak ke beberapa daerah lain seperti Tanah Merah dan Bachok ini berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata kemungkinan Virus ini sudah berada di dalam komuniti berikutan trend peningkatan ketika ini.

Buat masa ini pihak JKNK mengesan satu kes berkaitan Varian Delta dan sedang menguji beberapa sampel lagi.

Beliau menyeru orang ramai agar mengikut SOP dan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang telah ditetapkan kerajaan. Ini berikutan untuk mengenalpasti jenis virus ini mengambil masa yang lama.

Pengarah Kesihatan Kelantan

Terdapat 6 kluster baru yang direkodkan setakat semalam dan menjadikan kesemua 122 kluster yang telah wujud di Kelantan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: