Mayat Pesakit Covid-19 Hidup Ketika Pekebumian Tidak Betul – HKL

Tular sebelum ini mesej mengenai pesakit Covid-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh Doctor di Unit Rawatan Rapi ICU dan ketika di lokasi pengkebumian telah hidup kembali.

Namun, pihak Hospital Kuala Lumpur HKL telah menafikan berita tersebut, tidak ada kes sedemikian mengenai mayat pesakit yang disahkan meninggal dunia dan semasa di majlis pengkebumian mayat tersebut masih hidup.

Mesej palsu tersebut telah dinafikan oleh Pasukan Respond Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dalam kenyataan pada malam tadi mengesahkan pihak HKL menafikan ada berlaku perkara tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai mesej tersebut dan berhenti berkongsi dan menyebarkan maklumat palsu kepada orang lain bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan keresahan dalam masyarakat.

Pelik, kenapa ada individu yang sanggup membuat dan menyebarkan mesej palsu, apa manfaat yang mereka dapat sebenarnya.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: