MURAH… Durian RM1 Sekilo, Empat Tan Habis Terjual Sekelip Mata

Seorang ibu tunggal, yang juga seorang peniaga durian Tengku Nor Amira Tengku Razaman 31 tahun menarik perhatian dengan menjual buah durian pada harga RM1 hingga RM2 sekilogram.

Beliau mendapatkan bekalan buah durian daripada pembekal di sekitar daerah Jeli. Menurut beliau buah durian yang dibelinya dari pelbagai jenis, termasuk dari jenis durian Kunyit, ioi, durian kawin dan durian kampung. Kesemuanya dijual dengan harga yang murah.

Lokasi Tengku Nor Amira berniaga ialah di daerah Pengkalan Kubur Kelantan yang selalu dipenuhi oleh orang ramai.

Menurut Tengku Nor Amira, beliau hanya mengambil sedikit keuntungan sahaja iaitu sekitar 20 sen setiap kilogram buah durian yang terjual. Sekiranya beliau mendapat harga 80 sen daripada pembekal beliau akan menjual semula dengan harga RM1 sekilogram.

Harga mampu milik buah durian yang dijual beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, sejumlah Empat tan durian habis terjual hanya dalam masa 3 jama sahaja.

Gambar Contoh

Rata rata pekebun buah durian sekarang juga tertekan oleh pandemik Covid-19, kerana ramai daripada pekebun ini tidak dapat memasarkan hasil tanaman mereka.

Banyak buah durian yang tidak terjual, sekaligus ini menjadikan harga raja buah tersebut telah jatuh mendadak. Namun ini juga ada hikmahnya kerana ramai orang yang kini berkemampuan untuk menikmati buah durian dengan harga yang murah.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina

Sumber Berita Harian Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: