Nasi Lemak Air Ketum

Taktik licik seorang peniaga nasi lemak yang membungkus plastik berisi daum ketum dengan kertas pembalut makanan akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa.

Gerai milik penjual nasi lemak itu telah diserbu pasukan polis setelah pihak polis mendapat maklumat dari seeorang lelaki yang sebelum itu telah berjaya diberkas kerana memiliki bahan terlarang itu.

Hasil serbuan itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang berumur 44 tahun dan seorang pekerjanya yang berusia 23 tahun untuk siasatan.

Sebelum itu pihak Polis telah menahan seorang lelaki lain yang berusia 42 tahun di hadapan sebuah flat di situ. Hasil dari soal siasat terhadap lelaki yang ditahan bersama 10 bungus plastik yang dipercayai air ketum itu membawa kepada penahanan peniaga nasi lemak tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak polis di kedai nasi lemak tersebut menemui tiga bungkussan kertas pembalut makanan dan apabila dibuka terdapat plastik air yang dipercayai berisi air ketum.

Selain itu polis juga menjumpai periuk beserta daum ketum yang dipercayai untuk di proses menjadi air ketum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) akta racun 1952.

Gambar Google

Kebelakangan ini banyak sekali kita mendengar mengenai pengambilan air ketum di kalangan masyarakat, terutamanya orang melayu. Gejala ini perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib bagi membendung serta mengawal agar masalah ini dapat segera diatasi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: