Polis Kelantan Siasat 16 Jemaah Langgar SOP Solat Maghrib di Surau

Media melaporkan Polis Kelantan akan membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan PKP oleh 16 orang jemaah termasuk kanak kanak yang solat berjemaah di sebuah surau.

Kejadian berlaku di Surau batu 6, Tok Kaya Jalan Sabak, Pengkalan Chepa semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistance Komisioner Abdul Rahim Daud, selepas menerima laporan dari orang ramai pihak polis telah pergi ke surau tersebut pada jam 9 malam untuk membuat siasatan.

Namun sebaik tiba di lokasi, kesemua jemaah telah pulang ke rumah masing-masing. Pihak polis sempat mengambil keterangan dari beberapa ahli qariah Surau tersebut.

Hasil siasatan awal pihak polis mengesahkan terdapat pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilakukan oleh jemaah tersebut kerana menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Pihak polis akan memanggil kesemua mereka dalam masa yang terdekat bagi mengambil keterangan.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengeluarkan notis bahawa hanya empat orang dari ahli jawatankuasa sahaja yang dibenarkan untuk solat di masjid.

Pihak polis juga menyeru agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang telah ditetapkan kerajaan. Selain itu pihak Polis juga berharap agar penduduk setempat menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Semalam Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan virus Covid-19 Variant Delta telah merebak ke beberapa daerah di negeri ini, beliau mengesa agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP.

Ked disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: