‘The Pocket Rocketman’ Harapan Malaysia untuk Emas Pertama Olimpik

Malaysia menyertai sukan Olimpik sejak dari tahun 1956, namun negara kita masih belum mampu memenangi pingat emas dari acara sukan yang disertai.

Badminton satu satunya acara sukan yang berpotensi untuk membutirkan pingat emas untuk negara, namun pada edisi kali ini mereka hanya mampu membawa pulang satu pingat gansa daripada beregu badminton lelaki negara.

Harapan rakyat Malaysia sudah tentu tertumpu kepada jaguh basikal negara Dato Azizulhasni Awang atau lebih dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman. Beliau akan beraksi pada hari ini dalam acara pecut individu lelaki bersama seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Shahrom.

Dato Azizul kali ini dibekalkan dengan teknologi basikal WXR yang dianggarkan berharga RM300,000 serta suite canggih yang berteknologi tinggi menjadi harapan negara untuk memenangi emas pertama sukan Olimpik.

Walaupun bersaiz badan yang paling kecil antara pelumba, reputasi yang dibawa oleh Azizul sebagai pemenang pingat gansa pada sukan Olimpik 2016 serta pingat emas pada kejohanan dunia di Hong-Kong pada tahun 2017 pastinya digeruni oleh lawan.

“untuk persediaan kali ini saya begitu tenang dan santai, itu yang paling penting. Dari segi fizikal kami sudah buat yang terbaik. Tapi apa yang membezakan ialah dari segi mental”

Datuk Azizul ternyata lebih tenang kali ini, ini disebabkan beliau banyak menyertai kejohanan lumba basikal peringkat tertinggi selain itu ini adalah penyertaan Olimpik kali ketiga buat beliau.

Anak jati Terengganu yang berumur 33 tahun itu baru sahaja diberikan gelaran sebagai Dato oleh Sultan Terengganu baru baru ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi beliau untuk menyumbang pingat buat negara.

Ayuh rakyat Malaysia mari kita sama-sama memberi sokongan yang padu agar pingat emas pertama Malaysia di sukan Olimpik bakal menjadi kenyataan.

Semoga Dato Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Leave a Reply

%d bloggers like this: