Bekas Menteri Besar Perak Kini Penasihat Khas PM Bertaraf Menteri

Yang Berhormat Datuk Seri Faizal Azumu telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin.

Pelantikan itu telah disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan hari ini, kini Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun itu dilantik sebagai Penasihat Khas dan juga kini bertaraf Menteri.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosial ekonomi.

Datuk Ahmad Faizal adalah Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal sebelum ini telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020 kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Menteri Besar Perak sekarang disandang oleh Datuk Saarani Mohamad yang merupakan Adun dari Umno.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: