Khasiat Buah Manggis yang Ramai Tidak Tahu

‘Hitam, hitam si tampuk manggis, walaupun hitam ku pandang manis’ itulah kata kiasan yang amat tepat dengan buah manggis. Walaupun kulitnya hitam tetapi isinya putih dan rasanya sangat manis.

Selain itu, buah manggis juga mempunyai banyak khasiatnya, namun tidak ramai yang tahu.

Ketika musim buah sekarang, kita di Malaysia dapat menikmati buah manggis dengan mudah dan boleh pula dibeli dengan harga yang murah. Ambil kesempatan ini untuk makan buah manggis dan simpan sedikit kulitnya untuk digunakan sebagai alternatif bahan rawatan penyakit. Ini kerana kulit buah manggis ini ada banyak khasiatnya.

Kulit buah manggis yang dijemur kering dan dijadikan serbuk dalam kapsul boleh dimakan setiap hari. Ia boleh dijadikan sebagai supliment atau sebagai makanan tambahan kesihatan.

Dalam perubatan tradisional kulit manggis digunakan sebagai ubat kepada sakit Cirit Birit, kulitnya diasah pada pasu, dan diminum airnya. Ia membantu menyembuhkan sakit usus yang bengkak

Mengurangkan darah tinggi, ramai dikalangan kita sekarang tidak mengira umur menghidapi penyakit darah tinggi. Boleh ambil beberapa pucuk daun manggis, rebus sehingga air menjadi kekuningan, kemudian boleh minum pagi dan petang.

Boleh merawat penyakit kencing manis, ambil beberapa helain daunnya, bersihkan, kemudian rebus sehingga air bertukar menjadi hijau. Amalkan meminum 2 atau 3 kali seminggu, InsyaAllah penyakit kencing manis akan dapat dikurangkan.

Berak Berdarah, ambik segenggam kulit manggis dijemur sehingga kering. Kemudian direbus dengan 5 gelas air, biarkan sehingga air menjadi 1 gelas, kemudian minum.

Ulser Mulut, bagi merawatnya boleh diminum air rebusan daun dan kulit, juga boleh disapu pada bahagia yang luka.

Luka terkena gigitan serangga, kulit manggis yang telah dikeringkan ditumbuk halus kemudian dicampur dengan sedikit minyak dan disapu ditempat luka.

Buasir, keringkan kulit buah delima dicampur dengan kulit manggis, dibuat serbuk dan boleh diminum.

Memutihkan Gigi, kulit manggis dibakar dan ditumbuk dengan halus, kemudian digosok pada gigi.

Lancar Haid, air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan perjalanan haid bagi perempuan.

Mengubati Sakit Gout, kulit buah manggis boleh dijemur sehingga kering seperti asam keping. Kemudian ambil beberapa keping dan direndam di dalam air panas, bila air menjadi suam boleh diminum.

Menurunkan berat badan, buah manggis mengandungi xanthone yang boleh membantu membakar lemak di dalam badan dan boleh meningkatkan metabolisma badan.

Mengecutkan Cyst, caranya dengan meminum air rebusan kulit manggis.

Menurut satu kajian, buah manggis yang dikukus sebiji sehari boleh membantu untuk mengubati penyakit kanser dan paru paru.

Berikut diatas adalah beberapa kelebihan buah manggis, ini adalah antara rawatan alternatif dan kaedah tradisional. Pengesahan klinik terhadap cara rawatan diatas walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Perkongsian dari Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: