“Saya Cuma Berharap Menjadi Skru kepada Keretapi yang Menuju ke Sana… ” Ebit Lew Bantu Pakcik Yusuf Bangkit

“Hari hari doa nak meninggal sahaja, tapi bangun bangun masih di sini” Allah sayu mendengar luahan Pakcik Yusuf ini, beliau seolah olah sudah berputus asa.

Namun kehadiran Ebit Lew memberikan harapan baru kepada Pakcik Yusuf atau nama sebenarnya Zakariya yang berusia 68 tahun.

Pakcik Yusuf yang tinggal di Negeri Sembilan mengalami sakit kaki dan pinggan menghadapi kesukaran untuk bangun, beliau yang susah untuk menangis tapi kali ini menitis air mata, katanya Allah mendengar doa beliau “Malu saya dengan Allah, hari hari doa nak mati sahaja, bangun bangun saya masih di sini” luah Pakcik Yusuf.

Hasil maklumat dari orang ramai, Ebit Lew telah bergegas ke Negeri Sembilan untuk menemui Pakcik Yusuf.

Ebit Lew dan kumpulannya telah mencari bilik untuk disewa dan diberikan secara percuma kepada Pakcik Yusuf. Selain itu Ebit Lew juga mencarikan kelengkapan rumah yang lain, seperti tilam dan juga belikan pakaian baru untuk pakcik.

“Syukur saya dapat jumpa pakcik yang baik ini, bagaimana saya boleh tidur lena sedangkan ada orang tua yang uzur begini tidur di tepi jalan, apa nak jawab dengan Allah nanti” Ebit Lew.

Ebit Lew juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang polis dan isteri yang selalu memberikan makanan kepada pakcik yusuf, kepada masyarakat sekitar yang prihatin, juga kepada masjid dan pusat zakat.

Ebit Lew juga mengucapkan terima kasih kepada badan swasta atau kerajaan yang banyak membantu, dan juga terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus putus mendoakan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

“Saya cuma berharap menjadi skru kepada keretapi yang menuju ke sana” Ebit Lew

Berikut adalah satu lagi episod kerja kerja amal yang dilakukan oleh Ebit Lew dan kumpulannya. Semoga beliau tidak jemu menyebarkan kebaikan kepada semua.

Sebelum ini Ebit Lew dan kumpulannya telah menghadiahkan 2 buah Kontena sejuk beku untuk Hospital di Kedah, beliau juga menghadiahkan sebuah bas untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, membina Rumah Kasih Umat untuk transit pesakit cancer kanak kanak di HKL.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: