Akur Dengan Keputusan Parti, Noraini Lepaskan Jawatan Sebagai Menteri

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dengan serta merta.

Keputusan ini dibuat berikutan pengumuman oleh Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional PN yang dipimpin oleh Tan Seri Muhyidin Yassin.

Beliau berkata sebagai Ketua Wanita Umno beliau perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan”

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan,” Kata Noraini.

Keputusan ini menyaksikan sudah dua orang Menteri dari kalangan anggota Umno melepaskan jawatan mereka. Terdahulu Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar mengambil tindakan yang sama.

Namun begitu masih ramai lagi dikalangan Ahli Kabinet dari Umno yang masih menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin serta beberapa orang lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Leave a Reply

%d bloggers like this: