Misteri Tiang Nombor 56 Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang di bina pada tahun 1982 merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara. Memegang rekod sebagai jambatan terpanjang di Malaysia sebelum diatasi oleh jambatan ke dua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Namun sejak kebelakangan ini banyak kemalangan yang berlaku diatas Jambatan Pulau Pinang. Ini mengundang spekulasi penduduk setempat, ada yang mengaitkan dengan misteri yang terdapat di Jambatan Pulau pinang.

Diceritakan semasa pembinaan Jambatan Pulau Pinang pihak kontraktor mengalami masalah dan gangguan berunsur mistik. Mereka kemudiannya mendapatkan khidmat daripada seorang pawang yang terkenal.

Satu ritual pemujaan Buaya Putih terpaksa dilakukan. Disamping itu perjanjian telah dibuat dengan mengorbankan manusia setiap kali purnama untuk menjamu Buaya Putih tersebut.

Kebanyakan kes kemalangan yang dilaporkan berlaku berhampiran dengan tiang bernombor 56. Misteri sumpahan tiang 56 ini menjadi buah mulut orang ramai setelah berlaku banyak kejadian misteri yang susah diterima akal.

Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana.

Pernah terjadi berhampiran tiang sekumpulan nelayan yang hampir disedut ke laut akibat pusaran arus sebesar padang bola sepak yang kuat di situ.

Seorang kakitangan Penang Bridge pernah cuba merakam pusaran yang berbentuk imej mulut seorang perempuan tua yang seolah sedang marah dan cuba menyedut sesuatu.

Beliau yang cuba merakam menggunakan telefon bimbitnya tidak berjaya, apabila tiba tiba angin bertiup dengan kuat. Namun keadaan kelam kabut itu hilang apabila ada nelayan yang melaungkan azan dan melepaskan tembakan dengan pistol isyarat kecemasan.

Sebenarnya banyak lagi cerita misteri yang dikaitkan dengan Jambatan Pulau Pinang ini, namun admin merasa keberatan untuk menulis dengan lebih panjang. Kerana kesahihan cerita tidak dapat dipastikan, selain mengandungi unsur khurafat, bimbang ia akan menimbulkan fitnah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook dan Google

Leave a Reply

%d bloggers like this: