Sajjad Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas 45 Tahun Hilang

New Delhi India, seorang lelaki yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat kemalangan nahas kapal terbang 45 tahun dahulu kini kembali ke pangkuan keluarga.

Sajjad Thangal, yang berumur 70 tahun disangka telah meninggal dunia setelah pesawat India Airlines yang dinaikinya telah terhempas pada tahun 1976.

Sajjad yang sebelum itu bekerja dengan aktress terkenal India iaitu Rani Chandra. Mereka dijadualkan menaiki pesawat tersebut, namun disebabkan beberapa pertukaran saat akhir dia akhirnya tidak menaiki pesawat tersebut.

Kejadian tragis itu turut mengorbankan Rani Chandra bersama 95 orang penumpang lain.

Peristiwa tersebut ternyata memberi kesan mendalam kepada Sajjad, beliau kehilangan ramai teman teman rapat dalam nahas tersebut.

Sajjad mengalami masalah mental dan terpaksa dihantar untuk mendapatkan rawatan di hospital. Beliau tidak mampu untuk bercerita mengenai apa yang terjadi akibat trauma yang dihidapainya.

Photo dari Google

Kini Sajjad telah kembali kepada ibunya yang berusia 91 tahun, kepulangan beliau disambut oleh keluarga, kawan kawan, orang kampung dan juga pemimpin setempat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: