Syahmi Sazli Nak Bagi Hadiah Kereta Proton Iriz Active Baharu Kepada Pembeli Kuah ‘Mukbang’

Anak muda kelahiran Kelantan, yang kini mula aktif dalam bidang jualan secara atas talian melalui platform Shopee ingin menghadiahkan sebuah kereta Proton Iriz Active baharu kepada pembeli yang bertuah.

Syahmi Sazli, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, beliau yang terkenal dengan penghasilan video dan drama pendek di saluran YouTube dan Facebook. Malah beliau pernah menghasilkan sebuah filem ‘Mael Totey The Movie’ yang disiarkan di Astro first. Filem sulung arahan beliau itu memecahkan rekod tayangan dengan kutipan sebanyak RM 6.4 juta hanya dalam masa 21 hari.

Setiap video dan drama pendek yang dihasilkan beliau ditonton oleh jutaan orang di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia.

Namun semenjak Pandemik Covid-19 melanda, dan Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilaksanakan aktiviti penghasilan video dan drama pendek terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.

Namun ini tidak mematahkan semangat beliau, kali ini beliau terpaksa lebih kreatif dengan menceburi perniagaan diatas talian.

Syahmi membantu mempromosikan Kuah Mukbang yang dibuat oleh jiran beliau Kak Era. Menurut Portal hiburan terkenal mstar Kuah Mukbang yang dijual oleh Syahmi di Shopee telah terjual sebanyak 12,000 botol hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Ini sekaligus dapat membantu Kak Era yang ketika ini perniagaan restoran miliknya terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Bagi menghargai para pembeli Syahmi Sazli bercadang menganjurkan peraduan cabutan bertuah dengan menjadikan kereta Proton Iriz Active yang baru sahaja dilancarkan oleh Proton sebagai hadiah utama.

Walaubagaimanapun tarikh dan maklumat lanjut mengenai peraduan itu akan diumumkan semula oleh pihak Syahmi Sazli.

Populariti yang dikecapi oleh Syahmi Sazli tidak tidak menjadikan beliau seorang yang sombong, tetapi beliau mengambil kesempatan ini untuk membantu jiran, kawan dan ahli keluarga beliau mempromosikan perniagaan masing masing.

Semoga wabak Pandemik Covid-19 segera berakhir, kerana ramai peminat yang tertunggu tunggu aksi Yoe Parey, Asif dan kawan kawan dalam drama terbaru terbitan Syahmi Sazli.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Syahmi Sazli

Leave a Reply

%d bloggers like this: