Jenaka Kontena Jenazah, MB Kedah Mohon Maaf

“Kontena Jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama” jawapan secara jenaka Muhd Sanusi Md Nor terhadap pertanyaan wartawan ketika sidang akhbar di PPV Mega Amanjaya Sports Arena, menimbulkan rasa tidak senang ramai pihak.

Menurut Sanusi, jenaka tersebut diambil di luar konteks. Beliau tidak berniat untuk bergurau dengan semua orang. Sebaliknya hanya ditujukan kepada wartawan yang berada di Negeri Kedah sahaja yang dianggap beliau sebagai sebahagian daripada ahli keluarga sendiri.

“Kan saya suka bergurau, tetapi gurauan semalam itu agak kasar. Jadi saya nak maklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan yang telah saya anggap sebagai ahli keluarga dan adik adik saya”

Menurut Menteri Besar Kedah itu, para wartawan memahami bagaimana karektor beliau yang suka bergurau, namun kerana ada pihak yang tersinggung dan terasa hati dangan gurauan tersebut, beliau mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf.

Muhammad Sanusi Md Noor telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada Mei 2020 bagi mengantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang telah kehilangan sokonhan dari Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Pendakwah terkenal tanah air Ebit Lew juga sebelum ini telah menghadiahkan dua buah kontena sejuk beku untuk kegunaan di dua buah hospital di Kedah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Leave a Reply

%d bloggers like this: