Netizen Digesa Bertenang, Muhammad Shah dan Jack Carling Baik Baik Je. Dengar Apa Kata Azizul…

Askar bawang dari Malaysia buat hal lagi, berikut susulan pelanggaran yang terjadi antara pelumba basikal negara dengan Jack Carling pelumba basikal dari Great Britain.

Pada pusingan pertama, di Kejohanan Perlumbaan Basikal Sukan Olimpik petang tadi bagi acara keirin yang melibatkan pelumba negara Muhammad Shah Firdaus dan beberapa peserta berlaku pelanggaran yang mengakibatkan Muhammad Shah terjatuh dan cedera.

Susulan itu, ada peminat yang menyalah Jack Carling yang dikatakan menjadi punca kemalangan tersebut. Para netizen mula menyerang Jack Carling di akaun instagram, dan memaksa akaun instagram pelumba Britain tersebut menutup bahagian komen.

Berikutan itu Datuk Azizulhasni Awang yang juga menyertai kejohonan tersebut mengesa agar rakyat Malaysia bersabar dan jangan menyerang mana mana individu di media sosial.

Acara keirin adalah berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan, setiap pelumba sedar akan perkara ini dan mereka tidak akan menyalahkan antara satu sama lain sekiranya terjadi sebarang kemalangan antara mereka.

Semangat setiakawan dan kesukanan antara mereka sangat tinggi, jadi kita peminat tidak perlu bertindak terburu buru. Jangan sampai sikap kita boleh memalukan atlet negara yang sedang beraksi.

“Assalamualaikum, Dalam video kali ini saya akan kongsikan sedikit coretan berkenaan perlumbaan KEIRIN hari pertama di Sukan Olimpik Tokyo. Alhamdulillah syukur kerana saya memenangi perlumbaan pertama hari ini dan dapat terus memasuki pusingan suku akhir pada esok hari. Malang buat rakan sepasukan saya Shah Firdaus yang terlibat dalam kemalangan tetapi masih bangkit meneruskan perlumbaan di pusingan repecharge dan turut layak ke pusingan suku akhir bersama dengan saya esok” Datuk Azizulhasni Awang.

” Dengan itu saya ingin memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia supaya jangan kita menyerang social media mana-mana individu kerana kami disini berlumba secara professional dan semua beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi dan juga Olympic Spirit (semangat Olimpik). Saya juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan kami berdua esok” Datuk Azizulhasni Awang.

Walaupun mengalami kecederaan, dan pada mulanya Muhammad Shah diberitakan tidak mampu untuk meneruskan perlumbaan, namun beberapa minit kemudian beliau tetap muncul untuk meneruskan perlumbaan pada aksi repecharge dan berjaya menduduki tempat kedua, sekaligus melayakkan beliau untuk beraksi di peringkat suku akhir esok bersama sama dengan Dauk Azizulhasni Awang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Azizulhasni Awang

Leave a Reply

%d bloggers like this: