Saman Antara Guru dan Murid, Petisyen Bebaskan Ain dari Tuntutan Saman RM 1 Juta Dimulakan

Panas isu saman menyaman melibatkan antara Guru dan Pelajar. Ini susulan tular satu video tiktok yang dimuat naik oleh Ain Husniza mendakwa gurunya telah melakukan jenaka berkaitan rogxl semasa mengajar di dalam kelas.

Ain Husniza dikejutkan dengan notis saman berjumlah RM1 juta yang diterima daripada gurunya pada hari rabu yang lepas.

Sehubungan itu satu Petisyen telah dimulakan secara atas talian bagi mengumpul sokongan daripada orang ramai supaya Ain Husniza tidak dikenakan tuntutan mahkamah untuk membayar RM1 juta yang telah difailkan oleh gurunya.

Setakat artikel ini ditulis Petisyen itu telah mendapat lebih daripada 120,000 tandatangan dari 150,000 yang disasarkan.

Ain Husniza dituntut untuk membayar RM1 juta dalam masa 7 hari kerana kenyataan yang dikeluarkan beliau kepada guru tersebut.

Isu ini tular akibat pendedahan yang dibuat oleh Ain Husniza, ditambah dengan beberapa NGO dan Ahli Politik yang mengambil kesempatan dengan menjemput Ain Husniza ke sesi bual bicara anjuran mereka.

Kes Ain Husniza mendapat perhatian yang luar biasa, ini apabila ramai yang tampil untuk membantu beliau serta menawarkan khidmat guaman secara percuma. Dilaporkan juga bapa kepada Ain Husniza bercadang untuk menyaman balas guru terbabit dengan tuntutan saman berjumlah RM5 juta.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: