Dua Anggota Polis Terkorban Ketika Operasi Mengejar Pelumba Haram

Apakah yang ada dalam fikiran anak anak muda yang berlumba secara haram di jalanraya, kerana mereka dua nyawa anggota keselamatan terkorban.

Media melaporkan dua Anggota Polis terkorban ketika operasi mengejar pelumba haram. Kejadian berlaku di Kilometer 24.4 Lebuhraya Silk arah Kajang ke Putrajaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani merakamkan rasa sedih beliau mengenai kemalangan yang melibatkan dua Anggota Polis tetsebut semasa menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap negara.

Beliau berkata jalan raya bukan tempat untuk berlumba dan melakukan aksi-aksi membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Menurut Datuk Seri Acryl Sani, tugas sebagai anggota keselamatan penuh dengan cabaran dan berisiko tinggi, namun ini diharapkan tidak mematahkan semangat anggota polis untuk terus berkhidmat.

Anggota yang terkorban dalam nahas itu adalah Sarjan Mohd Arifah Md Yasin, 36, dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, dari cawangan Jenayah D4.

Menurut Datuk Seri Acryl lagi, PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota anggota yang terkorban akan terjamin.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohammad, serta seluruh kontinjen polis negeri Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Gambar Hiasan

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Utusan Tv

Leave a Reply

%d bloggers like this: