Muhammad Shah Gagal Meraih Sebarang Pingat Tapi Berjaya Memenangi Hati Jutaan Rakyat Malaysia – Olimpik

Nama Muhammad Shah Firdaus Shahrom mula meniti di bibir peminat basikal trek tanah air. Pelumba basikal kelahiran Muar Johor itu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat pada kejohanan berbasikal di Sukan Olimpik edisi kali ini, tetapi kesungguhan yang dipamerkan beliau semasa sesi kelayakan sangat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada sesi kelayakan acara keirin beliau terlibat dengan kemalangan dan mengalami kecederaan, ramai yang beranggapan beliau sudah tidak mampu untuk meneruskan perlumbaan.

Namun walaupun tercedera beliau bangkit pada aksi repecharge untuk meraih tempat kedua sekaligus melayakkan beliau untuk beraksi di peringkat suku akhir bersama seorang lagi jaguh basikal negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang.

Sejurus tamat aksi repecharge beliau terus dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pada sebelah pagi, beliau yang masih mengalami kecederaan tetap ingin meneruskan aksi suku akhir bersama sama jaguh handalan dunia yang lain. Namun ternyata perjuangan beliau tamat disitu, kerana dengan kecederaan yang masih belum pulih beliau tidak mampu menandingi jaguh lumba basikal lain.

Semangat dan kesungguhan daripada Muhammad Shah Firdaus itu mendapat pujian daripada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau juga berjanji akan bangkit dan akan mengharumkan nama negara pada kejohonan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris nanti.

Syabas Muhammad Shah Firdaus, anda telah lakukan yang terbaik untuk Negara. Walaupun tidak berjaya menghadiahkan pingat namun semangat dan kesungguhan anda memang mengkagumkan.

Muhammad Shah juga meluahkan rasa sedih melihat rakan seperjuangan Datuk Azizulhasni Awang diatas podium ketika menerima pingat perak, menurut Shah sepatutnya Datuk Azizulhasni layak untuk mendapatkan Emas.

Pada kejohanan lumba basikal trek acara keirin yang berlangsung pagi tadi menyaksikan jaguh basikal negara Dato Azizulhasni Awang berjaya memenangi pingat perak.

Pingat emas dimenangi oleh Jason Kenny dari Great Britain manakala pingat gansa dimenangi oleh Harry Laverson dari Belanda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Leave a Reply

%d bloggers like this: