Tahniah Datuk Azizulhasni, Hadiahkan Pingat Perak untuk Negara Bersulam Air Mata – Olimpik Tokyo

Datuk Azizulhasni Awang akhirnya berjaya membutirkan pingat perak untuk Malaysia pada kejohonan Sukan Olimpik bagi acara keirin.

Pingat emas dimenangi oleh Jason Kenny dari Great Britain manakala pingat gansa dimenangi oleh Harry Laverson dari Belanda.

Walaubagaimanapun, harapan untuk meraih pingat emas pertama buat negara tidak kesampaian.

Datuk Azizulhasni sedikit kecewa, perasaan bercampur baur suka dan duka. Beliau datang ke Jepun hanya untuk mendapatkan emas. Beliau juga merupakan satu satu harapan terbaik bagi negara untuk meraih pingat emas pertama buat Malaysia.

Datuk Azizulhasni tidak dapat menahan sedih, beliau menangis ketika ditemuramah oleh wartawan Bazly Azmi dari Astro Arena.

Jika tidak kerana taktikal yang berjaya dilakukan oleh pelumba Great Britain pingat emas berkemungkinan akan menjadi milik Azizulhasni, sedikit kekecewaan disitu.

Tahniah The Pocket Rocketman, beliau telah melakukan yang terbaik, sanggup berkorban jauh meninggalkan keluarga demi untuk mengharumkan nama negara tercinta.

Syabas Datuk Azizulhasni Awang, rakyat Malaysia berbangga dengan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai kenderaan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: