5 Beradik Yatim Piatu Kerana Covid-19, Jadi Anak Angkat Dun Selat

Pandemik Covid-19 benar benar meruntun jiwa, setiap hari kita dihidangkan dengan berita kematian angkara wabak COVID-19.

Kali ini kisah yang menyayat hati melibatkan lima adik beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata akibat kematian ibu dan ayah mereka kerana virus Covid-19.

Anak pasangan malang tersebut yang baru berumur 5 tahun selalu merengek mahukan ibu “nak ibu…nak duduk atas riba ibu…” tetapi ibunya sudah meninggal dunia.

Anak sulung pasangan tersebut, Intan Ieawanina berusia 21 tahun, menceritakan ibu dan ayahnya meninggal selepas selang seminggu disahkan positif COVID-19.

Ibu mereka mula demam pada 15 julai, kemudian ayahnya pula deman pada 17 Julai, kemudian apabila disahkan positif mereka dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Intan yang ternyata masih terkejut dengan apa yang terjadi kepada mereka, walaupun belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga namun beliau harus kuat demi adik adiknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari yang mengunjungi lima beradik itu memutuskan menjadikan mereka sebagai anak angkat Dun Selat Klang sehinggalah mereka menamatkan pelajaran.

Segala urusan perbelanjaan harian, pembelajaran mereka akan ditanggung oleh Adun Selat, beliau juga bercadang untuk menubuhkan satu tabung untuk mereka, dan juga untuk kegunaan mangsa mangsa Covid-19 yang lain.

Berita ini sedikit sebanyak meringankan beban yang akan digalas oleh Intan dalam menyara adik beradiknya. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: