Khairy Masih Bersama UMNO, Walaupun Mempunyai Masalah Kepercayaan Kepada Presiden Parti

Masih berada di dalam kapal yang sama walaupun tidak mempercayai akan Kapten yang mengemudi.

Mungkin begitulah yang dapat digambarkan mengenai situasi yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Beliau mengesahkan masih kekal bersama sama Umno, walaupun beliau tetap menyokong Kerajaan Perikatan Nasional PN yang ditetajui oleh Tan Seri Muhyidin Yassin sehingga keabsahannya ditentukan pada bulan September nanti.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu berkata tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan Umno walaupun mempunyai rasa kurang percaya terhadap Presiden Parti Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau merayu kepada parti agar diberikan peluang untuk menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Menteri terlebih dahulu, biarlah tunggu sehinga bulan September untuk menentukan keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional PN yang akan ditentukan melalui undian.

Antara sebab beliau meragui kepimpinan parti apabila pada bulan Ogos tular surat sokongan daripada Presiden kepada Yang Dipertua Agung yang mengatakan kesemua ahli parti memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sedangkan beliau tidak pernah dirujuk dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada Presiden untuk menggunakan nama beliau.

Selain itu rakaman perbualan yang diyakini antara Presiden Parti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga antara sebab mengapa beliau hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Presiden Parti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: