Dalam Kita Bersedih Kehilangan Siti Sarah Raisuddin, Semalam Ada 360 Kematian Juga Akibat Covid-19 Di Malaysia

Pagi tadi kita dikejutkan dengan kembalinya Siti Sarah Raisuddin kepada yang Maha Pencipta akibat dijangkiti virus Covid-19.

Namun, dalam kita semua bersedih dengan kehilangan Siti Sarah Raisuddin, sedarkah kita semalam ada terdapat 360 kematian yang juga disebabkan oleh virus Covid-19.

Mereka yang meninggal dunia itu mungkin juga seorang ibu, ayah, saudara atau kawan kawan kita. Oleh kerana mereka yang meninggal itu bukan seseorang yang kita kenali mungkin kita tidak akan merasa terkesan.

Sedarlah Virus Covid-19 itu pasti, ia wujud, ada dimana mana sahaja mungkin terlalu hampir dengan kita.

Apa yang berlaku kepada Isteri Shuib Sepahtu itu sememangnya sangat terkesan. Kerana mereka berdua adalah insan yang baik, yang sentiasa disenangi oleh kawan kawan juga peminat. Siapa sangka ketika di puncak kejayaan, dalam usia yang masih muda, dikala anak anak masih kecil, namun Allah lebih sayangkan beliau, akhirnya Siti Sarah Raisuddin pergi jua.

Virus Covid-19 tidak memilih mangsanya, tidak kira siapa kita, muda atau tua, kaya atau miskin. Oleh itu sentiasalah berwaspada. Patuhlah pada SOP, jangan ambil mudah, ingatlah setiap orang yang kita jumpa mungkin pembawa virus ataupun kita sendiri adalah pembawa virus tanpa kita sedari.

#StaySafe #StayStrong #kitajagakita

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Salam Maal Hijrah

Leave a Reply

%d bloggers like this: