Aksi Pramugari Berdiri di Puncak Tertinggi di Dunia Menjadi Viral

Dubai, Emirates Bersatu, viral satu video yang menunjukkan seorang Pramugari berdiri di puncak struktur binaan yang paling tinggi di dunia Menara Burj Khalifa.

Pada mulanya ramai yang beranggapan itu hanyalah video yang telah disunting menggunakan teknologi terkini. Setelah melihat video di belakang tabir ternyata itu adalah video yang sebenar, yang telah diambil betul betul di puncak Menara Burj Khalifa dengan menggunakan teknologi Dron.

Aksi berani seorang pramugari yang tanpa merasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia adalah sebahagian promosi yang dilakukan syarikat penerbangan milik Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates Airlines.

Pramugari berkenaan, Nicole Smith Ludvic berkata sangat teruja dapat melakukan aksi tersebut, berdiri di puncak tertinggi dunia dengan ketinggian 829.6 meter.

Beliau melakukan aksi tersebut dengan senyuman, sambil mempamerkan playkad untuk mempromosikan Emirates Airlines.

Ramai yang memuji keberanian Nicole Smith yang berani melakukan aksi tersebut. Pandangan yang diambil dari Dron itu sangat mengujakan, namun apabila camera mula mengundur ke belakang masing-masing mula meluahkan rasa gayat.

Video yang berdurasi 33 saat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, aspek keselamatan semasa berada di puncak tertinggi di dunia sangat diambil berat oleh produksi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Sinar Plus

Leave a Reply

%d bloggers like this: