Bapa Kepada Penyanyi Amylea Azizan Kembali Kepada Penciptanya Sebentar Tadi

Berita yang baru kami terima sebentar tadi, bapa kepada penyanyi Amylea Azizan telah kembali ke rahmatullah.

Amylea berkongsi berita sedih itu di Instagram milik beliau sebentar tadi.

“Assalamualaikum, ayah saya yang cintai dan kasihi telah meninggalkan kami semua selama-lamanya. Mohon sedekahkan doa buat Azizan Zainal Abidin” Tulis Amylea

Amylea merupakan seorang penyanyi yang lahir dari rancangan tv realiti Akademi Fantasia musim ke 3, terbitan Astro.

Menurut Amylea, Arwah ayah beliau seorang ayah dan suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

“Saya telah kehilangan ayah buat selamanya. Tidak ada rasa sakit yang lebih menyakitkan selain kehilangan ayah atau ibu. Allah sahaja yang tahu dugaan demi dugaan” Amylea

Amylea turut mengharap agar orang ramai mendoakan serta memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh arwah ayah beliau.

“Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya, sekiranya ada hutang yang saya tidak tahu, tolong khabarkan kepada saya” tambah Amylea.

Ayah beliau telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara IJN pada 30 Julai yang lalu akibat daripada serangan penyakit jantung.

Selain menghidapi sakit jantung, ayah beliau juga menghidapi sakit buah pinggang dan menghadapi masalah paru paru akibat terkena jangkitan kuman.

Semoga arwah ayah Amylea ditempatkan bersama sama dengan orang beriman. Al fatihah

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Utusan TV

Leave a Reply

%d bloggers like this: