“Dunia Ini Sepi Sesepinya, Itulah yang Boleh Dijelaskan Perasaan Saya” Raisuddin Hamzah

Bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin berkata “Dunia ini sepi sesepinya, itulah yang boleh digambarkan perasaan saya”

Beliau meluahkan perasaan sedih demikian ketika majlis bacaan Tahlil dan Yasin melalui aplikasi Zoom untuk arwah anak beliau Siti Sarah Raisuddin.

“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada” Raisuddin Hamzah

Beliau yang baru tamat tempoh kuarantin semalam terlepas untuk menghadiri majlis pengkebumian Siti Sarah pada hari isnin yang lepas.

Pemergian Siti Sarah ternyata mengundang kesedihan kepada ramai orang, apatah lagi seorang ayah yang terpaksa berpisah dengan anaknya. Begitulah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh beliau.

Menurut beliau lagi, apa yang ditakdirkan ini adalah ketentuan daripada Allah, beliau turut memohon agar semua mendoakan Siti Sarah agar dia tenang di sana.

““Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” Raisuddin Hamzah

Raisuddin Hamzah adalah bapa kepada Siti Sarah Raisuddin, beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon era 1980-an.

Siti Sarah Raisuddin disahkan meninggal dunia pada pagi isnin yang lepas di Hospital HUKM, dipercayai akibat penyakit virus Covid-19.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Mingguan Wanita

Leave a Reply

%d bloggers like this: