‘Nakal’ Asif Takut Nak Ambil Suntikan Vaksinasi

Mohd Asyiff bin Suhaimi, atau cukup dikenali dengan panggilan Asif hari ini telah berjaya mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Video yang dimuat naik oleh Syahmi Sazli TV itu menunjukkan Asif telah mendapatkan suntikan vaksinasi.

Asif yang popular dalam drama pendek arahan Syahmi Sazli dengan gaya lakonannya yang bersahaja dan tersendiri itu rupanya seorang yang takutkan jarum suntikan.

Mana tidaknya, proses untuk memujuk Asif supaya mengambil suntikan dengan rela hati mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam. Berbagai cara dan pujuk rayu dilakukan oleh jururawat serta oleh Syahmi sendiri dan kawan kawan, tetapi semuanya tidak berjaya melembutkan hati Asif. Takut sangat beliau dengan jarum suntikan.

Akhirnya mereka semua terpaksa memaksa Asif dengan memegang badan beliau agar tidak bergerak bagi memudahkan jururawat memberi suntikan vaksinasi kepada Asif.

Video yang berdurasi hampir 3 minit itu mendapat lebih 100 ribu tontonan selepas hampir 30 minit dimuat naik di halaman Facebook Syahmi Sazli TV.

Rata-rata penonton terhibur dengan telatah Asif yang mencuit hati tersebut. Bukan semua orang ok dengan jarum suntikan, ada yang fobia hahaha… Anda semua ok ke.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Syahmi Sazli TV

Leave a Reply

%d bloggers like this: