Seram, ‘Hantu’ Ketuk Pintu Kembali Mengacau Penduduk Sabak Bernam

Sebelum ini pada November tahun lepas penduduk di kawasan Sabak Bernam dan Tanjung Karang digemparkan dengan ‘Hantu’ yang mengetuk pintu rumah.

Kali ini ‘Hantu’ tersebut kembali lagi, apabila beberapa orang penduduk mendakwa diganggu.

Seorang Suri Rumah, Puan Rohana 54 tahun mendakwa pintu bilik tidurnya diketuk daripada luar dengan kuat seperti seseorang sedang marah.

Ketika kejadian pada pukul 7.50 malam beliau berada seorang diri dirumah, manakala suaminya Mohd Subekhi 56 tahun berada di surau untuk solat maghrib.

Sebelum kejadian Puan Rohana menyidai pakaian di belakang rumah, selepas itu beliau masuk ke bilik untuk berehat. Tidak lama selepas itu terdengar bunyi ketukan yang kuat selama empat kali dari luar pintu biliknya.

Ketukan yang kuat itu membuatkan badan puan Rohana mengigil dan lutut pula menggeletar ketakutan, beliau cuba mengapai telefon namun tidak berdaya kerana terlalu takut.

Gambar Hiasan

Beliau hanya mampu berdiam diri di dalam bilik dalam ketakutan sehingga suaminya pulang dari surau.

Kejadian itu menjadi tanda tanya kepada mereka, kerana tiada orang dirumah ketika kejadian tersebut, menurut puan Rohana lagi sekiranya ada orang lain datang tidak pula ternampak kenderaan yang masuk.

Manakala seorang penduduk di situ juga memberitahu bahawa adik beliau juga pernah diganggu seperti itu pada dua minggu yang lalu.

Menurut beliau adiknya terdengar bunyi ketukan di pintu belakang rumah, kemudian selang dua minit terdengar pula ketukan di pintu hadapan rumah. Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi. Apabila adiknya bertindak membuka pintu namun tiada sesiapa pun disitu.

Bagi meredakan suasana mereka memainkan bacaan ayat suci Al-Quran menggunakan radio kecil. Kejadian ini jika tidak diatasi bimbang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penduduk setempat. Semoga masalah ini dapat segera diselesaikan.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai kenderaan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: