Keputusan Presiden Turki untuk Solat Hajat Memohon Hujan Ditertawakan, Apa yang Berlaku Mengejutkan

Kami kongsikan kembali apa yang diceritakan oleh Ustaz Ahmad Dusuki seperti yang diceritakan di halaman Facebook milik beliau.

Ketika berlaku kebakaran luar biasa di dua buah negara Turki dan Greece. Presiden Turki telah mengarahkan para alim ulama untuk melakukan solat hajat bagi memohon supaya diturunkan hujan.

Namun seperti biasa golongan sekularisme dan atheist mempersendakan dan metertawakan apa yang ingin dilakukan oleh Presiden Turki, Recep Tayip Erdo─čan. Menurut mereka usaha itu hanya sia sia, kerana ramalan kaji cuaca meramalkan hujan tidak akan turun di bumi Turki selama 15 hari lagi.

Namun, sejurus Solat Hajat dilakukan hujan telah mula membasahi bumi Anatolia. Kejadian itu berjaya dirakam dan disiarkan beritanya oleh AFP.

Maka nikmat mana lagi yang kamu ingin dustakan. Manakala kita diuji dengan ujian Covid-19 ini, mari sama sama dari pihak pimpinan tertinggi hingga rakyat biasa sujud dan bertaubat kepada Allah. Berjanji kepada Allah agar negara ini tidak kembali kepada maksiat yang dilakukan sebelum ini. Mudah mudahan Allah meredakan kemarahan kepada kita semua.

Cerita diatas seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: