Perdana Menteri Kunjungi ‘Teratak’ Presiden Pas Haji Hadi

Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin hari ini dilihat berkunjung ke kediaman Presiden Pas Haji Abdul Hadi Awang.

Tan Seri Muhyidin Yassin tiba di kediaman Haji Hadi pada pukul 5 petang tadi.

Kunjungan ini sempena lawatan kerja Tan Sri Muhyidin Yassin ke Terengganu pada hari ini. Menurut Perdana Menteri ini adalah kunjungan biasa.

“Pertemuan biasa saja sebab sudah lama tidak jumpa. Nak ziarah sebab kita tahu tok guru Abdul Hadi tidak berapa sihat. Sudah lama tidak jumpa, kali terakhir di hospital sebelum balik sini,” kata Perdana Menteri.

Perjumpaan yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu mendapat perhatian dari netizen yang tertanya tanya tujuan disebalik pertemuan tersebut.

Perdana Menteri turut diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Shamsuri Mokhtar yang juga merupakan naik Presiden Pas.

Sebelum itu Perdana Menteri sempat mengadakan tinjauan di tempat Pusat Pemberian Vaksin PPV Taman Tamadun Islam TTI.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai kenderaan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: