Sultan Johor Bagi Amaran Akan Bubar DUN Jika Ahli Politik Terus Bertelagah

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran akan membubarkan DUN Johor jika ahli politik terus bertelagah hingga mengganggu gugat negeri serta kerajaan negeri Johor.

Sultan Ibrahim memuat naik pesanan tersebut di Halaman Facebook rasmi milik Baginda sebentar tadi.

Baginda tidak teragak agak membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Johor sekiranya berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan Baginda sekarang.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat, jika masing-masing hanya fikirkan kedudukan sendiri dan bukannya kepentingan rakyat” titah Baginda.

Baginda Sultan juga bertitah, apabila wabak Covid-19 terkawal, baginda akan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang betul betul jujur dan ikhlas ingin berkhidmat.

Baginda berkata demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan keempat Dewan Undangan Negeri Johor.

Baginda turut ditemani oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar Al Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah agar setiap ahli dewan undangan negeri menggunakan peluang ini untuk membincangkan pelan tindakan untuk membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negeri Johor.

Baginda juga berpesan agar ahli ahli dewan tidak perlu berbahas atau membawakan usul usul yang tidak berkenaan.

“Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama, jangan tanya orang lain apa yang dibuat untuk membantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri” titah Baginda

“Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk, ini adalah Dewan yang mulia bukannya Dewan sangkar beruk” titah Baginda lagi

Baginda juga berpesan kepada Tuan Speaker agar menjalankan kerja dengan baik, Baginda juga tidak akan melayan permainan politik mana mana wakil rakyat yang terus bertelagah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: